Na'uzubillah.
Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainye.. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup kalau dengan hanye memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik olih anak2nye..
Kedua:- Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas dipejabat memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik olih isterinye.
Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknye diakhirat.
Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak dan nantikan tarikan ibunye keneraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikan begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.
Firman ALLAH S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan perentah ALLAH SWT dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik DAN tertarik oleh mana-mana pihak
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim masuk syurga dan janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan